SHUKRI (kiri) tak lupa pengorbanan arwah ayah. Gambar kecil, arwah ayah, ibu Shukri.
SHUKRI (kiri) tak lupa pengorbanan arwah ayah. Gambar kecil, arwah ayah, ibu Shukri.
Oleh Rodly Fadly

Kuala Lumpur: “Betul-betul kamu hendak main hoki?” Tanya Abdul Mutalib Kasimin kepada anaknya, Shukri, sambil memegang surat tawaran kemasukan ke Sekolah Sukan Bandar Penawar (kini Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail), Johor, yang diterima anaknya itu.

Shukri, berusia 13 tahun ketika itu, hanya mengangguk sambil memandang ayahnya dengan penuh harapan. Memang, dia ingin sangat memasuki sekolah sukan itu demi meningkatkan kariernya sebagai pemain hoki. Dia sangat berharap ayahnya akan membenarkan dia ke sana.

“Baiklah, jika kamu nak masuk ke sekolah itu, ayah benarkan tapi dengan syarat kamu bermain bersungguh-sungguh sampai dapat wakil Malaysia,” ujar Mutalib memberi lampu hijau.

Kata-kata ayahnya itu benar-benar melegakan Shukri. Sebelum itu, dia sangat bimbang jika nasib yang menimpa abangnya, Azizi, berulang ke atas dirinya.

Ayahnya pernah menyembunyikan surat panggilan menyertai latihan skuad hoki remaja kebangsaan untuk Azizi semata-mata kerana mahu dia menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:46 AM