GULUNGAN daging teppanyaki sedia dinikmati.
GULUNGAN daging teppanyaki sedia dinikmati.
Oleh Nor Faizah Mohamed

Susahkah untuk menyediakan hidangan Jepun seperti sushi? Ramai yang menganggap mustahil menyediakan hidangan ini di rumah kerana banyak bahan mentahnya sukar didapati di kedai, hanya pasar raya tertentu.

Selain itu, ramuan utamanya nasi yang digunakan untuk sushi ini berbeza daripada nasi biasa. Silap pilih, nasi yang dihasilkan agak rapuh lalu sukar digulung, selain isinya yang agak padat.

Jelas Cef Sous Hotel Grand Lexis,Port Dickson, Negeri Sembilan, Cef Mok Peng Piau, kebanyakan bahan mentah yang digunakan sama seperti dalam hidangan tempatan.

“Cuma ada beberapa sos atau perencahnya saja yang sedikit berbeza dan istimewa berbanding bahan biasa.

“Jika tiada bahan yang diingini, boleh saja diubah dengan bahan lain asalkan dalam kumpulan makanan yang sama contohnya daging atau makanan laut.

“Bagi hidangan jenis goreng, sebaiknya gunakan minyak zaitun atau minyak jagung. Selain lebih sihat, minyak ini dapat mengekalkan rasa asli bahan yang disediakan itu,” katanya.

Berikut Cef Mok tunjukkan cara menghasilkan gulungan daging teppanyaki menggunakan hirisan daging dan variasi cendawan yang tidak memakan masa lama serta mudah disediakan.

Bagi yang tidak gemarkan cendawan, boleh juga digantikan dengan sayuran lain asalkan bertekstur ranggup dan tidak mudah layu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 5:01 AM