PENYEDIA platform gedung aplikasi perlu peka untuk mewujudkan ekosistem aplikasi selamat.
PENYEDIA platform gedung aplikasi perlu peka untuk mewujudkan ekosistem aplikasi selamat.
Muhammad Saufi Hassan


PENGGUNA hari ini sememangnya bergantung kepada 'Gedung Aplikasi' untuk memuat turun sebarang bentuk aplikasi yang tersedia.

Mungkin pada peringkat pengguna, apa juga yang tersedia dalam gedung berkenaan adalah selamat untuk digunakan sedangkan hakikat sebenarnya wujud aplikasi yang dipasang dengan pelbagai perisian hasad.

Gedung aplikasi yang tidak diselia pentadbir platform mengakibatkan pengguna menjadi mangsa kepada aplikasi tidak selamat.

Untuk itu, gedung aplikasi App Store antara gedung paling selamat yang menyediakan aplikasi bebas penipuan untuk pengguna.

Untuk rekod, bagi 2020 hingga tahun lalu, Apple menghalang transaksi berpotensi penipuan berjumlah lebih RM14 bilion termasuk lebih RM4 bilion untuk tahun lalu saja.

Dalam tempoh sama, sekatan dilaksanakan lebih 14 juta kad kredit yang dicuri serta lebih daripada 3.3 juta akaun daripada berurus niaga.

Sejak melancarkan App Store pada 2008, Apple terus melabur dalam dan membangunkan teknologi peneraju industri yang direka untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman paling selamat dan terjamin untuk memuat turun aplikasi serta platform inovatif untuk pembangun mengedarkan perisian mereka.

Hari ini App Store berdiri di barisan hadapan pengedaran aplikasi, menetapkan standard untuk keselamatan, kebolehpercayaan dan pengalaman pengguna.

Memandangkan ancaman digital berkembang dalam skop dan kerumitan selama bertahun-tahun, Apple mengembangkan inisiatif antipenipuan untuk menangani cabaran ini dan membantu melindungi penggunanya.

Seperti yang diterbitkan dalam analisis pencegahan penipuan tahunan keempat yang dikeluarkan hari ini, Apple mendapati bahawa pada tahun lalu, platform itu menolak lebih daripada 1.7 juta penyerahan aplikasi kerana gagal memenuhi piawaian ketat untuk privasi, keselamatan dan kandungan.

Selain itu, usaha berterusan untuk menghentikan dan mengurangkan penipuan di App Store mengakibatkan penamatan hampir 374 juta akaun pembangun dan pelanggan dan mengalih keluar hampir 152 juta penilaian dan ulasan atas kebimbangan penipuan.

Pada masa sama, kefungsian penarafan dan reviu memberikan petunjuk kepada pengguna untuk menilai sesuatu aplikasi sama ada ia baik atau sebaliknya.

Pada tahun lalu, lebih 1.1 billion penarafan sudah diproses dan Apple mengeluarkan hampir 152 juta penarafan palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

Usaha berterusan itu dilaksanakan bagi memberikan ekosistem selamat dalam gedung aplikasi dan pengguna tidak tertipu dengan aplikasi penipuan.

Bagi kaedah pembayaran dan penipuan kad kredit pula, lebih daripada 3.5 juta kad kredit yang dicuri dihalang daripada digunakan untuk membuat pembelian pals

u dan mengharamkan lebih 1.1 juta akaun daripada berurus niaga semula.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 7:01 AM