SPAGETI aglio olio daging.
SPAGETI aglio olio daging.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Itali memang dikenali dengan masakannya, malah boleh dikatakan banyak makanan berasal dari negara itu menjadi kegemaran seantero dunia.

Di Malaysia, antara sajian dari negara itu yang sering menjadi pilihan kegemaran ramai ialah pasta atau piza. Malah, kafe atau restoran yang menyajikan masakan Itali di negara ini tidak terkira banyaknya seperti cendawan tumbuh.

Ciri khas masakan Itali adalah ia disediakan dengan hati yang senang dan penuh semangat. Boleh dikatakan kita sudah merasai pelbagai masakan berasal dari negara itu yang menggabungkan banyak bahan segar dan rencah.

Walaupun banyak rencah, namun menyediakan sendiri hidangan Itali di rumah tidaklah sesukar mana.

Antara masakan Itali yang mencerminkan semangat ini ialah pasta. Pasta boleh dimasak dengan beberapa jenis sos antaranya karbonara dan bolognese, tidak kurang juga yang mengolah rasanya agar lebih pedas.

Mudah saja menyediakan pasta dan dengan menggunakan beberapa bahan saja, kita boleh menghidangkan sajian yang lazat.

Ada yang menggemari pasta bercampur kepingan ikan, daging atau ayam, cendawan dan tidak kurang juga bahan berasaskan makanan laut.

Selain itu, antara pasta yang sinonim dengan masyarakat negara ini seperti spageti bolognese, spageti aglio olio, karbonara dan fettuccine alfredo.

Apa yang penting, cita rasa tempatan menambah keenakan hidangan ini dan ia membezakannya dengan yang ditawarkan di restoran atau kafe. Bagi hidangan spageti aglio olio, tidak pelik jika cili padi ditambah bagi memberi rasa pedas buat penggemar hidangan pedas.

Sebagai panduan, tambahkan sedikit minyak ke dalam air rebusan supaya spageti tidak melekat antara satu sama lain. Waktu merebus juga perlu diperhatikan agar spageti tidak terlalu lembik dan hancur.

Cef Sous dari Hotel Merton Ipoh, Perak, Cef Ijai Talib menunjukkan cara memasak spageti aglio olio daging yang mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

BAHAN-BAHAN.
BAHAN-BAHAN.

Bahan

• 150 gram spageti (direbus hingga lembut)

• 50 gram daging (dipotong kecil)

• Sedikit minyak zaitun

• 2 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)

• 2 ulas bawang putih (dicincang)

• 1 biji bawang merah bersaiz kecil (diracik halus)

• 2 biji tomato ceri (dibelah)

• 10 gram oregano

• Perasa secukupnya

Cara penyediaan:

1. PANASKAN minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi.
1. PANASKAN minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi.

2. MASUKKAN tomato ceri.
2. MASUKKAN tomato ceri.

3. MASUKKAN daging dan masak hingga empuk.
3. MASUKKAN daging dan masak hingga empuk.

4. MASUKKAN spageti dan tambah sedikit perasa, gaulkan sebati.
4. MASUKKAN spageti dan tambah sedikit perasa, gaulkan sebati.

5. ANGKAT hidangan dan tabur serbuk oregano. Hiaskan dengan daun salad atau tabur sedikit serbuk keju bagi yang menggemarinya.
5. ANGKAT hidangan dan tabur serbuk oregano. Hiaskan dengan daun salad atau tabur sedikit serbuk keju bagi yang menggemarinya.

CEF Ijai Talib menunjukkan cara memasak spageti aglio olio daging yang mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.
CEF Ijai Talib menunjukkan cara memasak spageti aglio olio daging yang mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Mac 2018 @ 12:04 AM