BAHAN-bahannya.
BAHAN-bahannya.
1. PANASKAN satu sudu besar minyak zaitun.
1. PANASKAN satu sudu besar minyak zaitun.
2. TUMIS bawang Holland hingga naik bau.
2. TUMIS bawang Holland hingga naik bau.
3. MASUKKAN cendawan tiram dan kepingan daging salami. Tumis kedua-dua bahan sehingga lembut.
3. MASUKKAN cendawan tiram dan kepingan daging salami. Tumis kedua-dua bahan sehingga lembut.
4. MASUKKAN krim putar diikuti herba, kacau sebati.
4. MASUKKAN krim putar diikuti herba, kacau sebati.
5. MASUKKAN spageti dan ratakan.
5. MASUKKAN spageti dan ratakan.
6. TAMBAH garam dan lada secukup rasa.
6. TAMBAH garam dan lada secukup rasa.
7. UNTUK memekatkan kuah, masukkan kuning telur.
7. UNTUK memekatkan kuah, masukkan kuning telur.
8. TAMBAH keju parmesan bagi menambah rasa.
8. TAMBAH keju parmesan bagi menambah rasa.
9. HIAS dengan daun parsli dan sedia dihidang.
9. HIAS dengan daun parsli dan sedia dihidang.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Itali memang dikenali dengan masakannya malah boleh dikatakan banyak makanan berasal dari negara itu menjadi kegemaran seantero dunia.

Di Malaysia, sebutkan saja sajian dari negara itu yang sering menjadi hidangan kegemaran ramai seperti pasta atau piza. Malah kafe atau restoran yang menyajikan masakan Itali di negara ini tidak terkira ba­nyaknya seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Ciri khas masakan Itali adalah makanan dibuat dengan hati yang senang dan penuh semangat. Boleh dikatakan kita sudah merasai pelbagai masakan berasal dari negara itu yang juga gabungan begitu banyak bahan segar, rencah yang pelbagai dan membuatnya sendiri di rumah tidaklah sesukar mana.

Salah satu masakan Itali yang mencerminkan semangat ini adalah pembuatan pasta. Pasta boleh dimasak dengan beberapa jenis sos antaranya sos karbonara. Menu ini boleh dikatakan seperti menu wajib bagi restoran yang menyediakan hidangan Barat.

Cef Lan Hawari dari restoran Ryndu Hot & Grill Wangsa Maju berkata, menyediakan hidangan pasta karbonara amat mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah malah menggunakan beberapa bahan saja hidangan ini dapat dinikmati dengan lazat.

Karbonara biasanya disajikan dengan pasta seperti spageti dan bahannya diolah mengikut cita rasa. Ada yang meng­gemari karbonara yang dicampur dengan kepingan daging atau ayam, cendawan dan tidak kurang juga bahan berasaskan sayuran.

“Apa yang penting rempah ratusnya menambah keenakan hidangan ini dan membezakannya antara restoran atau kafe yang lain.

Penggunaan herba Inggeris dapat memberikan keaslian pada rasa karbonara dan tidak kurang juga yang menambah rasa mengikut ciri tempatan,” katanya.

Tip untuk memasak spageti agar tidak melekat adalah dengan menambahkan minyak dalam rebusan air, sehingga spageti tidak saling melekat antara satu sama lain. Selain itu, waktu merebus juga perlu diperhatikan agar spageti tidak terlalu lembik dan hancur.

Cef Lan menunjukkan cara memasak spageti karbonara yang mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

BAHANNYA:

- Spageti (direbus hingga lembut)

- Setengah biji bawang Holland (dihiris nipis)

- 250 ml krim putar

- Sedikit cendawan tiram

- Sebiji kuning telur

- Sedikit hirisan daging salami

- 1 sudu besar minyak zaitun

- Sedikit herba Inggeris

- Garam dan lada secukup rasa

- Sedikit keju Parmesan untuk hiasan

Cara penyediaan:

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2015 @ 9:39 AM