WAN Zaharudin (kiri) dan Choe selepas menandatangani dokumen Lanjutan Jaminan Perkhidmatan AAM Guard.
WAN Zaharudin (kiri) dan Choe selepas menandatangani dokumen Lanjutan Jaminan Perkhidmatan AAM Guard.

Shah Alam: Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dengan kerjasama ACCMS Warranty Services Sdn Bhd (ACCMS) menawarkan ‘pakej waranti lanjutan perlindungan AAM’ bagi kereta melebihi tempoh jaminan asas pengeluar.

Pakej jaminan lanjutan perlindungan AAM itu bertujuan bagi menampung kos pembaikan kerosakan komponen utama yang tidak dijangka yang berlaku kepada kenderaan berkenaan dan jumlah perlu dibayar pemilik untuk perlindungan itu ditentukan berdasarkan jenis kenderaan.

Pengurus Besar AAM, Eugene Tay berkata, sebagai peneraju perkhidmatan bantuan kerosakan kenderaan, AAM menjalinkan kerjasama dengan ACCMS bagi memastikan pemilik kereta mempunyai penjagaan terbaik untuk kenderaan mereka.

“Pakej waranti lanjutan perlindungan AAM adalah yang pertama ditawarkan di negara ini hasil gabungan kepakaran selama 81 tahun penubuhan AAM dengan ACCMS yang berpengalaman luas dalam mereka bentuk program waranti,” katanya, semalam.

Hadir sama, Naib Pengerusi AAM, Wan Zaharuddin Wan Ahmad dan Pengurus Besar ACCMS, Andrew Choe.

Eugene berkata, sasaran pembelian pakej jaminan ini diberi keutamaan kepada ahli AAM dan kepada kereta yang tidak lebih daripada tujuh tahun dan tidak melebihi 120,000 kilometer.

Andrew berkata, perlindungan yang diberikan membabitkan hampir kesemua komponen utama yang mengalami kerosakan termasuk mekanikal dan elektrikal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 6:39 AM