DUAberanak maut ketika menonton perlumbaan EIMARACE 2016 di Kuantan semalam.
DUAberanak maut ketika menonton perlumbaan EIMARACE 2016 di Kuantan semalam.
Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Penganjur perlumbaan kart inovasi yang membunuh dua beranak semalam tidak mendapat kelulusan perlumbaan kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Penyelia AAM, Ahmad Shuhaimi Abdullah berkata, penganjur Perlumbaan Inovasi Pendidikan Sukan Motor dan Automotif (EIMARace) 2016 yang membuat permohonan beberapa bulan lalu, gagal menyediakan kos keselamatan yang didakwa tinggi.

“Dua prinsip utama keselamatan sebelum dan ketika acara sukan itu berlangsung perlu diambil kira supaya dapat mengurangkan risiko kenderaan terbabas dan kekangan kesan atau pengurangan kelajuan.

“Kita juga dikenakan syarat kepada penganjur untuk mengeluarkan kos sendiri bagi perlindungan insurans kepada setiap pelumba dan petugas, khidmat perubatan, kos menurap jalan, pagar dan marshal, selain litar perlu diperiksa oleh pakar diiktiraf AAM.

“egagalan mendapatkan kelulusan bermakna setiap pertandingan atau perlumbaan dijalankan secara haram,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 9:54 PM