Mohd Roslan (tengah) di premis yang diserbu. FOTO Mohd Hasbi Sidek.
Mohd Roslan (tengah) di premis yang diserbu. FOTO Mohd Hasbi Sidek.
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Klang: Sebanyak 247 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dan 12 tong LPG industri dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Jawa, di sini, pagi semalam.

Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahyudin berkata, dalam serbuan kira-kira 7 pagi itu, pihaknya turut merampas sebuah lori serta peralatan untuk memindahkan gas dianggarkan bernilai RM221,580.

"Premis itu dipercayai dijadikan stor bagi proses pemindahan gas LPG untuk dijual kepada kilang dan restoran sekitar Klang.

"Mereka dipercayai memindahkan gas bersubsidi ke tong gas industri yang tiada subsidi.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh didenda tidak lebih RM2 juta," katanya, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 4:45 PM