NAOMI berjaya melepasi pusingan pertama Wimbledon. FOTO AFP
NAOMI berjaya melepasi pusingan pertama Wimbledon. FOTO AFP
Reuters

London: Perlawanan Wimbledon pertama Naomi Osaka dalam tempoh lima tahun berakhir dengan kemenangan, dan dia berasa lega berjaya mara ke pusingan kedua.

Naomi, juara Grand Slam empat kali, mencatat kemenangan 6-1, 1-6, 6-4 ke atas Diane Parry dari Perancis dalam perlawanan pusingan pertamanya di London.

Ia adalah kemenangan pertama sejak 2018, di mana kali terakhir dia diketepikan pemain Jerman, Angelique Kerber di pusingan ketiga.

"Bagi saya, ia berasa sangat menyeronokkan dan sangat tertekan pada masa yang sama," Naomi berkata selepas kemenangan.

"Memang menyeronokkan kerana orang ramai sangat terbabit. ... Rasanya seperti sebuah arena. Perlawanan yang saya fikir adalah sedikit naik dan turun, tetapi saya fikir secara keseluruhan ia adalah sesuatu yang boleh saya pelajari."

Dalam aksi Wimbledon pada 2019, Naomi disingkirkan di pusingan pertama oleh Yulia Putintseva dari Kazakhstan.

Naomi terlepas Wimbledon tahun lalu kerana melahirkan anak perempuannya.

Dia berkata, dia menghidupkan televisyen di bilik hospitalnya dan melihat kejohanan itu di skrin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 9:21 AM