TIGA jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. FOTO Mohamad Ishak
TIGA jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad. FOTO Mohamad Ishak
Oleh Mohamad Ishak


Besut: Tiga beranak lagi yang maut dalam kemalangan di Kilometer 258.8, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, di sini, 11 pagi tadi.

Allahyarham Nur Akmal Mohd Zain, 49, dikebumikan dalam satu liang bersama anaknya dengan suami terdahulu, Nor Amira Syahirah Alias, 22, dan anak angkatnya, Aqeel Muslim Abdullah, 3.

Suaminya, Azaman Ramli, 49, dan dua anak tiri Nur Akmal, Alif Hayeem, 16, dan Aliff Hakim, 12, yang juga maut dalam kejadian sama selamat dikebumikan di Chendering, Kuala Terengganu kira-kira 3 pagi tadi.

Kesemua mereka maut selepas kereta dinaiki keluarga berkenaan hilang kawalan sebelum berpusing dan bahagian belakangnya terperosok di bawah lori treler berhenti di lorong kecemasan.

Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 12.30 tengah hari selepas parah di kepala dan badan.

Berita berkaitan:

> Semoga roh mereka dicucuri rahmat: http://hmtro.com/1jp2iqK

> Enam sekeluarga terkorban: http://hmtro.com/1RH8Qw7

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 1:13 PM