PASUKAN penyelamat memperluaskan kawasan pencarian. FOTO ihsan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
PASUKAN penyelamat memperluaskan kawasan pencarian. FOTO ihsan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Pasukan penyelamat memperluaskan kawasan pencarian bagi dua kanak-kanak yang hilang dihanyut arus di Sungai Kuyoh, Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Operasi mencari dijalankan sehingga ke Tasik Muhibah iaitu kira-kira 20 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, mayat mangsa pertama yang ditemui di Tasik Muhibah 10.30 pagi tadi disahkan sebagai Remmy Julian anak Raymond Joe, 14.

"Operasi semalam dalam lingkungan 5 Km gagal menemui semua mangsa.

"Bagaimanapun operasi hari ini lebih tertumpu di kawasan tasik berkenaan," katanya.

Berita berkaitan

> Mayat remaja ditemui: http://hmtro.com/1PXj7Xn

> 3 rakan lemas gagal ditemui (VIDEO): http://hmtro.com/1QQNb76

> Tiga rakan lemas bersama: http://hmtro.com/1PXijlk

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2015 @ 2:42 PM