MAYAT mangsa ditemui 100 meter dari lombong. FOTO ihsan Bomba
MAYAT mangsa ditemui 100 meter dari lombong. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Mayat kedua mangsa lemas di Sungai Kuyoh, di sini, ditemui kira-kira 100 meter dari luar kawasan Tasik Muhibah, 10.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin yang mengesahkan penemuan itu berkata, mangsa yang ditemui dikenal pasti sebagai Joshnuel Anak Usin, 9.

"Bapa mangsa bersama komando tentera menemui mayat di Sungai Kuyoh, 100 meter dari lombong," katanya.

Dalam kejadian petang kelmarin, dua kanak-kanak dan seorang remaja dihanyutkan arus sungai deras akibat hujan lebat ketika memancing di Sungai Kuyoh berhampirahn Kem Tentera Sungai Besi.

Mayat Rammy Julian anak Raymond Joe, 14, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat di Tasik Muhibah, Bukit Jalil, 10.30 pagi semalam.

Bagaimanapun, seorang lagi kanak-kanak, Joe Jerry Primus, 12, masih belum ditemui.

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan nanti," katanya.

Berita berkaitan

> Kawasan pencarian diperluas http://hmtro.com/21qM7KZ

> Mayat remaja ditemui http://hmtro.com/1PXj7Xn

> 3 rakan lemas gagal ditemui (VIDEO) http://hmtro.com/1QQNb76

> Tiga rakan lemas bersama: http://hmtro.com/1PXijlk

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 12:06 PM