Oleh Mohd Firdaus Ibrahim


Jakarta: Lokasi serangan pengganas di Jalan MH Thamrin masih menjadi tumpuan ramai termasuklah petugas media antarabangsa dan tempatan.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati orang ramai dan petugas media mula berkampung di kawasan ini sejak 8.30 pagi.

Pemerhatian wartawan mendapati, kerja pembersihan sisa letupan dan darah sedang dilakukan di bangunan Menara Cakrawala di mana lokasi insiden yang meragut nyawa tujuh individu.

Lima yang maut dalam insiden berkenaan adalah dua orang awam termasuk seorang warga Kanada manakala bakinya adalah ahli kumpulan pengganas.

Harian Metro difahamkan, 20 orang awam termasuk anggota polis cedera dalam insiden yang berlaku bermula jam 10 pagi waktu tempatan (11 pagi Malaysia).

Berita berkaitan:

> IS dakwa bertanggungjawab serang Jakarta (http://bit.ly/1KgxM95)

> Macam gempa bumi [METROTV] (http://bit.ly/1ORmGN7)

> Hanya 30 minit, bukan lima jam (http://bit.ly/1Wd6UO8)

> Letup diri dalam Starbucks, pondok polis [METROTV] (http://bit.ly/1NaARHE)

> Lima pengganas terbunuh [METROTV] (http://bit.ly/1KgxIWT)

> Polis Indonesia bunuh empat militan (http://hmtro.com/1OjKYy0)

> Enam letupan gagar Jakarta (http://hmtro.com/1l8nIIz)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 12:09 PM