Mokhtar menunjukkan sebahagian beg tangan digunakan untuk menyimpan dadah dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Mokhtar menunjukkan sebahagian beg tangan digunakan untuk menyimpan dadah dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini. FOTO Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur : Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dadah yang didalangi warga Afrika dalam serbuan di sembilan lokasi dari 8 September hingga 30 September lalu.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dalam semua serbuan dianggarkan bernilai RM5 juta.

Katanya, 14 warga Afrika berusia 27 hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan di Klang, Sentul, Bukit Jalil, Cyberjaya, Sri Kembangan, Sri Damansara ,Bukit Jelutong , Pelabuhan Klang dan Bandar Baru Bukit Puchong.

"Sindiket itu menyeludup dadah jenis syabu, heroin dan kokain melalui perkhidmatan kurier yang disembunyikan dalam kasut, beg tangan dan anak patung dari China.

"Dadah terbabit dipercayai untuk pengedaran tempatan dan dieksport ke Australia dan Indonesia,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 5:05 PM