ANTARA warga Afrika yang ditahan di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, malam kelmarin.
ANTARA warga Afrika yang ditahan di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, malam kelmarin.
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Menyamar sebagai penuntut kolej swasta di negara ini untuk menjalankan kegiatan menjual dadah kokain dan syabu dalam kuantiti besar.

Itu taktik digunakan tiga lelaki warga Afrika yang menjadikan sebuah pangsapuri mewah di Bandar Sri Damansara di sini, sebagai ‘stor’ menyembunyikan dadah itu.

Kegiatan semua suspek bagaimanapun ditumpaskan polis hasil serbuan sepasukan anggota Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman di dua lokasi di Sungai Buloh dan Bandar Sri Damansara di sini, malam kelmarin.

Sumber berkata, semua suspek itu diyakini adalah ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menjadikan ibu negara sebagai sasaran kegiatan menjual dadah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2015 @ 8:19 AM