Hasbi   (tiga dari kanan) memotong kek pada sambutan ulang tahun ke-20 syarikat dan pembukaan rasmi bangunan baru BIT. Turut sama (dari kiri)  Youssof, Rahim,   Shukheri, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bit Group Sdn Bhd, Hilmi Yaacob dan Abdul Aziz.
Hasbi (tiga dari kanan) memotong kek pada sambutan ulang tahun ke-20 syarikat dan pembukaan rasmi bangunan baru BIT. Turut sama (dari kiri) Youssof, Rahim, Shukheri, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bit Group Sdn Bhd, Hilmi Yaacob dan Abdul Aziz.

Cyberjaya: BIT Group Sdn Bhd (BIT Group), syarikat Bumiputera yang menawarkan perkhidmatan ICT terus memberi tumpuan kepada segmen integrasi sistem yang menyumbang 40 peratus kepada pendapatan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Ali berkata, mulai tahun ini pihaknya akan meletakkan fokus kepada empat segmen utama bagi memudahkan hala tuju syarikat.

“Kami akan memberi tumpuan kepada empat segmen iaitu integrasi sistem, kejuruteraan, perisian dan perkhidmatan terurus.

“Namun, integrasi sistem tetap menjadi tumpuan utama dan seiring dengan perkembangan semasa, kami akan mengembangkan keupayaan pembangunan perisian,” katanya pada sambutan ulang tahun ke-20 syarikat dan pembukaan rasmi bangunan baru BIT Group oleh Pengasas dan Pengerusinya, Hasbi Yaacob di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah BIT Group, Datuk Rahim Yunus, Youssof Lee dan Shukheri Manaf.

Menurutnya, pihaknya positif untuk mencapai sasaran pendapatan sebanyak RM100 juta menjelang akhir tahun ini dipacu kerjasama berterusan dengan pelanggan utama seperti Telekom Malaysia (TM), Kementerian Pertahanan dan Bank Rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 6:27 AM