SISTEM sayajual.io mampu membantu ramai usahawan meningkatkan jualan syarikat secara sistematik. FOTO Ihsan sayajual.io
SISTEM sayajual.io mampu membantu ramai usahawan meningkatkan jualan syarikat secara sistematik. FOTO Ihsan sayajual.io
Natrah Laili Abdul Aziz


Kuala Lumpur: Cabaran ekonomi semasa tidak menentu memerlukan golongan usahawan melakukan perancangan rapi serta mengurangkan kos operasi serta upah pekerja.

Menyedari beban dihadapi golongan peniaga dan usahawan ini, platform sayajual.io diperkenalkan bagi membantu golongan peniaga mengurangkan kos operasi hingga 50 peratus selain mampu menyaksikan peningkatan ketara dalam jualan syarikat.

Sistem itu diyakini mampu meningkatkan jualan lima kali ganda dengan melalui sistem pengurusan ejen efisien dan sistematik selain mempermudahkan urusan dalam perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Azor Industries Sdn Bhd (Azor Industries) Ts Azrul Zafri Azmi berkata, sistem ini ternyata memenuhi keperluan menyeluruh dalam kalangan pemilik perniagaan untuk pengurusan tempahan dan ejen.

Menurutnya, ia bermanfaat kepada pemilik perniagaan yang mengamalkan kaedah pemasaran produk secara perkhidmatan stokis, ejen dan dropship tanpa mengupah ramai pekerja.

"Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pemilik perniagaan, antaranya memberi makluman tempahan, memantau prestasi pasukan jualan selain pengurusan pangkalan data secara terperinci.

"Segala maklumat mengenai data jualan, ejen berdaftar, pengurusan inventori dan pengurusan tempahan yang sistematik mampu diperoleh hanya di hujung jari. Malah platform berkenaan juga boleh dijadikan hab perkongsian bahan pemasaran.

"Justeru, pemilik perniagaan tidak terbeban dengan pelbagai kerenah pengurusan operasi. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan untuk mengatur aktiviti perkembangan perniagaan masing-masing," katanya.

Selain itu, katanya, sayajual.io ditunjangi pasukan berpengalaman dalam bidang jualan berdasarkan sistem ejen serta berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan perisian dan pembangunan sistem.

"Sayajual.io turut memiliki integrasi dengan rakan penghantaran rasmi dengan beberapa syarikat penghantaran terkemuka untuk perkhidmatan penghantaran yang lebih berkesan.

"Pihak kamu juga kini sedang membangunkan pasukan jualan yang akan membantu pemilik produk dari segi pemasaran yang lebih berkesan khususnya golongan perniagaan secara 'dropship' sekali gus membantu orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan," katanya.

Pihaknya turut berharap platform ini dapat memberi manfaat kepada kira-kira 100 pemilik atau pengasas produk perniagaan kerana sistem ini tidak memerlukan sebarang bayaran pendahuluan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 10:51 PM