KAPAL LCS yang masih di dalam pembinaan di Boustead Naval Shipyard (BNS) Lumut pada 13 Ogos lalu. FOTO arkib NSTP
KAPAL LCS yang masih di dalam pembinaan di Boustead Naval Shipyard (BNS) Lumut pada 13 Ogos lalu. FOTO arkib NSTP
Suzalina Halid


Kuala Lumpur: Bousted Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) dijangka mengalami kerugian lebih RM890 juta akibat salah urus dan ketidakmampuan syarikat itu dalam mengendalikan projek pembinaan kapal tempur (LCS).

Kerugian itu disebabkan pertindihan Surat Anugerah (LOA), tuntutan berganda, penukaran mata wang, barangan yang tidak dihantar, dan dakwaan pembayaran palsu kepada syarikat.

Berdasarkan Laporan Audit Forensik BHIC, daripada jumlah RM890 juta itu, RM537 juta kerugian disebabkan tuntutan berganda untuk perkhidmatan yang sama dengan tatanama berkaitan kos perkhidmatan dan sistem integrasi tempur.

Katanya, ia disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Kapten Azhar Jumaat namun pihaknya mengambil maklum pandangan pakar diperlukan berhubung perkara itu.

"Sebanyak RM305 juta pula nilai membabitkan LOA bertindih yang dikeluarkan memihak kepada Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) pada tahun 2012 untuk pusat BIT yang menjadi sebahagian daripada LOA asal bernilai RM898 juta.

"Pada 9 April 2012, BNS mengeluarkan dua LOA berlainan berkaitan sistem pengurusan tempur (CMS) kepada Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dengan jumlah RM898 juta dan RM287 juta," katanya.

Syarikat CAD dan CED dilantik oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membeli peralatan daripada pengeluaran produk tulen (OEM).

Berdasarkan laporan itu, RM23.36 juta kerugian akibat dakwaan bayaran palsu bagi perkhidmatan teknikal kepada tiga syarikat berkaitan second generation patrol vessel (SGPV) pada 2011 dan 2012.

Katanya, RM13.48 juta pula jangkaan kerugian disebabkan oleh perubahan mata wang daripada ringgit kepada Euro untuk LOA yang dikeluarkan memihak kepada CAD antaranya radar pengawasan utamapada 2013.

"RM6.78 juta adalah jangkaan kerugiaan kepada syarikat BPS disebabkan pesanan semula 23 barangan yang tidak dihantar oleh syarikat Alizes Marine.

"Sementara RM4.58 juta pula jangkaan kerugian berterusan kerana Arahan Perubahan Kerja (VO) tambahan pada 2017," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 5:26 PM