ZTE Axon Elite.
ZTE Axon Elite.

ZTE melancarkan telefon baru ke pasaran Malaysia, Axon Elite yang direka premium menawarkan pengalaman audio mengagumkan ketika menonton video kegemaran.

Manakala dua mikrofon disediakan mengurangkan bunyi bising ketika panggilan dilakukan atau rakaman video secara langsung direkodkan.

Telefon dengan kamera 13 megapiksel terbabit juga mempunyai keupayaan bateri sebesar 3000mAh untuk digunakan pada saiz skrin 5.5 inci.

ZTE Axon Elite dijual pada harga RM1,999 dengan warna emas yang menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 810 dan GPU Adreno 430

Ia datang dengan RAM 3GB bersama memori dalaman 32GB dan turut mempunyai keupayaan cas pantas.

INFO

ZTE AXON ELITE

- Harga: RM1,999

- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 810 AdrenoT 430 GPU

- OS: MiFavor 3.2 (Android OS 5.0.2)

- Dimensi: 154 x 77 x 9.8mm

- Skrin: 5.5” CGS 1920 x 1080 FHD, 401ppi

- Kamera: 13MP (dwi lensa, 2MP), 8MP (depan)

- Bateri: 3000mAh

- RAM: 3GB

- Memori: 32GB, sokong kad TF 128GB

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 9:54 AM