Muhammad Najmi menyambut kepulangan jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan Amal by Malaysia Airlines.
Muhammad Najmi menyambut kepulangan jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan Amal by Malaysia Airlines.

Kuala Lumpur: Selepas berjaya menyelesaikan fasa pertama, Amal by Malaysia Airlines, bahagian perjalanan haji dan umrah Malaysia Airlines bakal menghantar sehingga 15,800 jemaah pulang ke Malaysia bermula 24 Jun lalu.

Fasa ini akan menumpukan kepada pengangkutan jemaah dari Jeddah dan Madinah dan dijangka tamat pada 20 Julai ini.

Kira-kira 50 peratus jemaah Malaysia akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz dan Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz Madinah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secara berperingkat.

Pegawai Operasi Utama Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor berkata, pihaknya bangga dapat terus menjalankan peranan sebagai syarikat penerbangan nasional dan rakan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk membawa jemaah ini menjalankan ibadah haji dan pulang dengan selamat serta memberi keutamaan kepada keselamatan dan keselesaan mereka sepanjang perjalanan mereka.

"Dengan kru kabin berpengalaman, kami berdedikasi untuk menyediakan perjalanan yang memuaskan dengan perkhidmatan Malaysian Hospitality dan memastikan setiap orang merasa dialu-alukan sepanjang penerbangan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada tawaran untuk pelanggan Amal dan keunikan perkhidmatan di dalam pesawat, penumpang boleh menikmati sistem hiburan dalam penerbangan (IFE) seperti pengumuman talbiah dan miqat pada penerbangan pertama.

Panggilan azan dan tazkirah juga tersedia atas pesawat sepanjang perjalanan Amal.

Dalam usaha untuk memastikan keselesaan dan kecekapan, Amal akan beroperasi sehingga 55 penerbangan untuk fasa dua dengan menggunakan pesawat A330-300 yang mempunyai konfigurasi ruang duduk yang luas, memberi keutamaan kepada pengalaman perjalanan yang selesa untuk semua jemaah.

Untuk memastikan kebolehubungan yang lancar bagi membawa jemaah pulang ke kampung halaman mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 7:14 AM