TELEFON pintar terbaru ZTE, Axon Elite.  FOTO Surianie Mohd Hanif
TELEFON pintar terbaru ZTE, Axon Elite. FOTO Surianie Mohd Hanif
Oleh Afiq Hanif


Kuala Lumpur: ZTE melancarkan telefon baru ke pasaran Malaysia, Axon Elite yang direka premium menawarkan pengalaman audio mengagumkan ketika menonton video kegemaran.

Manakala dua mikrofon disediakan mengurangkan bunyi bising ketika panggilan atau rakaman video secara langsung.

Telefon dengan kamera 13 megapiksel terbabit juga mempunyai keupayaan bateri sebesar 3000mAh untuk digunakan pada saiz skrin 5.5 inci.

ZTE Axon Elite dijual pada harga RM1,999 dengan warna emas yang menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 810 dengan pemprosesan grafik Andreno 430.

Ia datang dengan RAM 3GB bersama memori dalaman 32GB dan turut mempunyai keupayaan cas pantas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 6:26 PM