IBU mangsa (tudung hitam) tidak dapat menahan sebak sebaik melihat jenazah anaknya di Jabatan Forensik Hospital Melaka. FOTO Nur Saliawati Salberi
IBU mangsa (tudung hitam) tidak dapat menahan sebak sebaik melihat jenazah anaknya di Jabatan Forensik Hospital Melaka. FOTO Nur Saliawati Salberi
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Pelajar tingkatan satu maut manakala adiknya parah selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Jalan Bukit Larang, Melaka Tengah.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa Muhammad Izzudin Amran, 13, meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Melaka manakala adiknya, Muhammad Ehsanuddin, 10, yang juga pembonceng parah.

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai gagal dikawal sebaik melepasi kawasan selekoh.

"Motosikal berkenaan terbabas ke bahu jalan dan termasuk ke dalam longkang manakala mangsa terkena batu penghadang longkang terbabit.

"Mangsa disahkan meninggal kira-kira 1.30 pagi tadi ketika menerima rawatan manakala adik mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana pendarahan dalam otak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

IBU mangsa (tudung hitam) tidak dapat menahan sebak sebaik melihat jenazah anaknya di Jabatan Forensik Hospital Melaka. FOTO Nur Saliawati Salberi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 4:31 PM