KAWASAN kren tumbang jadi tumpuan jemaah haji untuk melihat secara dekat kejadian. FOTO Noor Azam Abd Aziz
KAWASAN kren tumbang jadi tumpuan jemaah haji untuk melihat secara dekat kejadian. FOTO Noor Azam Abd Aziz
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman melawat jemaah haji wanita yang cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram. FOTO Noor Azam Abd Aziz
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman melawat jemaah haji wanita yang cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram. FOTO Noor Azam Abd Aziz
KAUNSELOR daripada Unit Kaunseling Tabung Haji melawat jemaah haji yang cedera dalam kejadian kren tumbang. FOTO Noor Azam Abd Aziz
KAUNSELOR daripada Unit Kaunseling Tabung Haji melawat jemaah haji yang cedera dalam kejadian kren tumbang. FOTO Noor Azam Abd Aziz
Oleh Noor Azam Abd Aziz di Makkah


Makkah: Lima jemaah haji yang cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam kelmarin, sudah dibenarkan pulang ke maktab penginapan masing-masing sejak malam tadi, manakala lima lagi masih dirawat.

Jemaah haji yang dibenarkan pulang ialah Faridah Mat Yacob, 46; Rusiah Baba, 50; Ahmad Muzafar Mamat @Adam, 39; Mohd Sharif Meon, 64; dan Noordin Wahab, 59.

Seorang jemaah haji ditempatkan di Hospital Raja Abdul Aziz, seorang di Hospital Raja Faizal, seorang di Hospital An Nur dan dua orang di Pusat Rawatan Tabung Haji.

Semua jemaah haji dalam keadaan stabil.

Sementara itu, pengurusan Tabung Haji (TH) di sini masih meneruskan usaha mencari lapan jemaah haji Malaysia yang hilang dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Makkah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sehingga 12 tengah malam tadi pasukan berkenaan masih berusaha mengesan jemaah haji terbabit di sekitar Masjidilharam dan pusat rawatan.

“Operasi ini juga membabitkan petugas TH dan kerjasama Sahabat TH yang membuat pengiraan jemaah haji dari bilik ke bilik bertujuan memastikan tiada lagi kehilangan yang baru,” katanya.

Senarai jemaah haji yang masih belum ditemui ialah Abdul Habib Lahman, 68, (Sik, Kedah); Shahidan Saad, 52,(Kodiang, Kedah); Zainun Taha (69 Tahun), Ampang, Selangor, Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan), Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan); Abdul Muluk Ishak,71, (Pantai Remis, Perak); Rusiah Suar, 56, (Sungkai, Perak).
Pusat Maklumat TH di Makkah juga akan memaklumkan perkembangan terkini kepada waris secara terus.

TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

Orang ramai serta waris boleh menghubungi talian Pusat Panggilan 24 jam TH menerusi talian 03-6207 1919 untuk mendapatkan maklumat terkini.

Berita berkaitan:

> Hanya mampu berdoa: http://hmtro.com/1KfeFuZ

> ‘No english’: http://hmtro.com/1VV29ZH

> TH tunggu kebenaran: http://hmtro.com/1VUZ4sP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 2:06 PM