TERTUDUH ketika tiba di Mahkamah Majistret Kajang. FOTO Aizuddin Saad
TERTUDUH ketika tiba di Mahkamah Majistret Kajang. FOTO Aizuddin Saad
Oleh Sarah Zulkifli


Kajang: Tiga lelaki, termasuk ahli perniagaan berusia 44 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bagi mendapatkan tebusan wang berjumlah RM300,000 di Taman Suria, Sungai Chua, Kajang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Siow Kek Keong, warga Indonesia Ridhuansyah Yahya, 32, dan pemandu lori Mohd Saifulamry Jarkasi, 28, apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu pada 9.28 pagi, 9 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang dibaca bersama 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika disabit kesalahan.

Baru-baru ini, tersebar video menunjukkan kanak-kanak dilarikan dua lelaki menggunakan kereta ketika bersama ibunya yang dalam perjalanan ke tadika berhampiran Sungai Chua.

Berita berkaitan

> Pemandu teksi dibebaskan: http://hmtro.com/1Rclz97

> Pemandu teksi hanya bantu siasatan: http://hmtro.com/1Zxih6E

> Dalang ditahan, wang RM261,550 dirampas: http://hmtro.com/1VKggiD

> Suspek dah kena cekup: http://hmtro.com/1huDJH0

> Budak diculik selamat pulang: http://hmtro.com/1RxwlYC

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 12:11 PM