Wright kritik Arsenal tiada semangat melawan
Wright kritik Arsenal tiada semangat melawan

Legenda Arsenal, Ian Wright mengkritik skuad Gunners sekarang kerana kurang ‘mentaliti kemenangan’ sebaliknya lebih mempercayai publisiti sendiri selepas kecundang kepada West Ham pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Arsene Wenger mengalami kekalahan mengejutkan 2-0 kepada West Ham di tempat sendiri, minggu lalu biarpun hadir kempen EPL dengan semangat tinggi selepas memenangi tiga gelaran pra-musim.

Arsenal dijangka mencabar Chelsea dalam pemburuan tahkta pertama EPL sejak 2004 tetapi Wright melihat kekalahan kepada West Ham menjadi bukti Gunners sangat memerlukan ‘mentaliti juang’ sekiranya mengidamkan gelaran juara musim ini.

Menulis ruangan pojok bekas pasukannya dalam akhbar tabloid The Sun, Wright berkata: "Apa membimbangkan saya adalah masalah sama. Mereka kekurangan mentaliti kemenangan.

"Apa yang Arsenal yakin adalah publisiti sendiri. Ia tidak memberikan sebarang kemenangan.

"Arsene Wenger, Ivan Gazidis dan ahli lembaga boleh berganding tenaga dengan begitu hebat hingga mampu meletakkan kelab mencapai tahap kewangan tidak pernah dijangkakan.

"Apapun orang tidak tahu mengenainya malah berada dalam kedudukan empat teratas dalam EPL sering dilihat satu fenomena.

"Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu terlalu ramai pemain terjerat dalam perasaan cepat berpuashati biarpun hanya mencapai tahap seperti itu”.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 1:10 PM