Kin Wah pada pra tayangan filem Lubuk di Gsc Starling Mall. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Kin Wah pada pra tayangan filem Lubuk di Gsc Starling Mall. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Chew Kin Wah terbuka untuk melakonkan apa sahaja watak dan babak walaupun ia babak intim.

Kin Wah, 59, berkongsi, selepas ini bakal ditayangkan karya lakonannya, sebuah siri Netflix menampilkan babak ciuman bibir membabitkan dirinya dan pelakon Indonesia, Marissa Anita.

"Ada satu siri Netflix lagi, saya cium mulut dengan watak isteri saya yang nazak lakonan Marissa Anita. Dia pun okay untuk lakukannya. Tentunya kena minta izin daripada dia dan dia okay," katanya.

Terbaharu, filem Lubuk lakonannya yang akan ditayangkan pada 18 Julai ini juga turut menampilkannya dalam satu babak dengan hanya memakai seluar dalam.

"Filem zaman dahulu pun ada, cuma tak tunjuk. Bagi saya, tak ada masalah pun. Saya tak bersetubuh. Watak saya mangsa dan ia sesuai untuk jalan ceritanya.

"Kenapa nak kecam? Itu bukan saya, kan? Itu watak mangsa yang kemudiannya menjadi mayat. Tak ada masalah langsung selagi ia bukan pornografi," katanya.

Tambah Chew, dia juga bakal muncul dalam satu lagi karya untuk tayangan di Netflix dan dialognya menggunakan banyak perkataan kesat.

Naskhah arahan Timo Tjahjanto berjudul The Shadow Strays ini akan ditayangkan pada Oktober nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 4:21 PM