Wenger bersama trofi pengurus terbaik EPL untuk Oktober. -AI/Reuters
Wenger bersama trofi pengurus terbaik EPL untuk Oktober. -AI/Reuters

London: Arsene Wenger dipilih sebagai pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ke-15 selepas membawa Arsenal mencatat empat kemenangan berturut turut sepanjang Oktober.

Skuad dikendali Wenger menundukkan Manchester United, Watford, Everton dan Swansea City bulan lalu dan melonjak tangga kedua tangga liga di belakang pendahulu Manchester City dengan perbezaan gol.

Arsenal menjaringkan 11 gol dalam empat perlawanan itu dan bolos satu. Gunners menewaskan United dan Swansea dengan kemenangan 3-0. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 3:59 PM