DADAH berkenaan disembunyikan dalam 27 bungkusan sabun.
DADAH berkenaan disembunyikan dalam 27 bungkusan sabun.
Agensi

Sydney: Seorang pesara pakar bedah berusia 91 tahun dituduh mengimport kokain yang disembunyikan dalam sabun ke Australia.

Victor Twartz dari Sydney dibebaskan atas ikat jamin selepas dihadapkan ke Mahkamah Pusat Tempatan Downing atas tuduhan mengimport dadah itu dengan jumlah yang banyak.

Tertuduh tidak mengemukakan rayuan dan akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 6 Oktober depan.

Twartz berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah mengimport 4.5 kilogram dadah bernilai AS$1.3 juta (RM5.6 juta) menerusi Lapangan Terbang Sydney dalam penerbangan 8 Julai dari New Delhi.

Pihak berkuasa kastam menemui 27 bungkusan sabun yang disahkan mengandungi kokain selepas memeriksa bagasinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 7:59 AM