BUNGKUSAN susu tepung dan tepung kastard yang berisi kokain.
BUNGKUSAN susu tepung dan tepung kastard yang berisi kokain.

New York: Seorang wanita ditangkap selepas didapati membawa dadah jenis kokain dalam bungkusan tepung kastard dan susu tepung dalam bagasinya.

Dia mulanya ditahan pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy selepas seekor anjing Kastam menghidu sesuatu yang mencurigakan dalam beg wanita berkenaan yang tiba dari Georgetown, Guyana.

Pemeriksaan lebih rapi yang dilakukan terhadap bagasi itu membolehkan pegawai menemui tiga bungkusan susu tepung dan tiga bungkus tepung kastard.

Ujian selanjutnya mengesahkan kandungan dalam keenam-enam bungkusan itu kokain.

Wanita warga Amerika Syarikat itu yang namanya tidak didedahkan kini berdepan tuduhan menyeludup dadah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 5:05 AM