PENGARAH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, Datuk Janathan Kandok (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam sebuah bagasi seorang penumpang di lapangan terbang antarabangsa pada sidang media di Wisma Kastam, Kota Kianabalu. FOTO Mohd Adam Arinin

Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM500,000 selepas menahan seorang lelaki tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, Khamis lalu.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, pihaknya menahan suspek, 20, selepas mengesyaki menyembunyikan dadah berkenaan di dalam bagasinya.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dadah berkenaan disimpan dalam bungkusan teh Cina dan diselitkan di pakaian (dalam bagasi) yang dibawa suspek.

"Berat dadah berkenaan dianggarkan lebih 1 kilogram itu dipercayai untuk diedarkan sekitar daerah ini," katanya.

Sehubungan itu, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2016 @ 11:36 AM