MANGSA (kiri) ditikam suspek menggunakan pisau pemotong daging. FOTO ihsan Polis
MANGSA (kiri) ditikam suspek menggunakan pisau pemotong daging. FOTO ihsan Polis
Oleh Siraj Mohd Zaini


Kuala Lumpur : Bekas banduan berusia 38 tahun ditahan polis selepas menetak lelaki di hotel bajet, 12.10 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam itu, mangsa yang berusia 50 tahun berada di biliknya dan tiba-tiba suspek menceroboh masuk lalu menetaknya di bahagian perut menggunakan pisau pemotong daging.

Difahamkan, suspek baru sahaja dibebaskan daripada penjara selepas dihukum 12 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan mencederakan tiga beranak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek ditahan di Flat Sri Selayang, Jalan Raja Laut, 12.10 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 5:41 PM