Moscow; Seramai 20 tentera payung terjun Russia terbunuh manakala tiga lagi masih hilang selepas berek mereka di Omsk, Siberia, runtuh, semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Russia hari ini, 39 tentera berjaya diselamatkan dari bawah runtuhan selepas bangunan konkrit di kemudahan latihan askar payung terjun itu runtuh petang semalam waktu tempatan.

Siaran televisyen menunjukkan anggota tentera membentuk rantaian manusia mengalihkan batu bata dari runtuhan.

Omsk terletak kira-kira 2,200 kilometer di timur Moscow. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 3:50 PM