Antara yang hadir di upacara memperingati tragedi pesawat itu yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi tadi. FOTO Mohd Husni Mohd Noor
Antara yang hadir di upacara memperingati tragedi pesawat itu yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi tadi. FOTO Mohd Husni Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor & Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Lebih 1,000 tetamu jemputan termasuk menteri kabinet, waris dan ahli keluarga mangsa nahas MH17 hadir pada upacara memperingati tragedi pesawat itu yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA pagi ini.

Majlis bermula 10 pagi tadi dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan doa, persembahan video dan ucapan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Program kemudian diteruskan dengan majlis bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi pesawat.

Antara kenamaan yang hadir termasuk isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri serta beberapa menteri kabinet seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 10:12 AM