Oleh Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selamat tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi tadi selepas menamatkan lawatan kerja di luar negara.

Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira 10 pagi dengan pesawat khas.

Ketibaan beliau disambut lebih 1,000 orang termasuk barisan menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan.

Antara yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Sebelum ini, Najib bersama delegasi Malaysia berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Sesi Ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri kemudian mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Milan, Itali.

Beliau menerima jemputan rasmi Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi untuk menghadiri Expo Milano 2015, yang merupakan ekspo terbesar dunia yang diadakan empat tahun sekali secara giliran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 10:47 AM