Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sambil diperhatikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan, Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam di Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Pegawai Kanan Kerajaan dan Perwakilan Asing di Seri Perdana, Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH

Mohd Husni Mohd Noor

LEBIH 2,000 tetamu memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana di sini, malam ini.

Program berkenaan turut disertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; barisan menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dalam pada itu, Najib dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada lebih 100 anak yatim dari dua buah rumah kebajikan iaitu Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi; Rumah Anak Yatim Al -Fateh, Kajang dan Maahad Tahfiz Az Zean, Sungai Buloh, Selangor.

Sejurus selesai, Najib dan isteri kemudian menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih bersama menteri Kabinet dan hadirin yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2017 @ 9:06 PM