YANG diPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah  Raja melakukan tabik hormat di Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan, Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
YANG diPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Raja melakukan tabik hormat di Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan, Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2016 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi ini.

Istiadat dimulakan dengan perarakan masuk dua panji-panji iaitu Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen dari Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) oleh Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota.

Program seterusnya adalah Lagu Negaraku yang dimainkan oleh pasukan pancaragam RAMD disusuli dengan Tembakan Kehormat 21 das oleh 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja.

Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Acara kemudian diteruskan dengan tiupan 'Paluan Akhir' iaitu menurunkan Jalur Gemilang, sebelum persembahan deklamasi sajak dan pantomin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2016 @ 9:51 AM