FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) maut selepas jatuh di dalam perigi dalam kejadian di Kampung Pengkalan Piah Serendah Ketereh, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu mangsa yang berusia 36 tahun yang mempunyai masalah mental mahu mandi sebelum terjatuh ke dalam perigi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.25 pagi.

"Kita bergegas ke rumah mangsa dan mendapati wanita itu dalam keadaan tertiarap di dalam perigi yang sedalam sembilan meter.

"Bomba mengambil masa selama satu jam untuk menaikkan mangsa dengan menggunakn tali yang diikat di luar perigi dan badan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 2:01 PM