HIDAYATUL Syuhada hadir ke IPD Seri Alam bagi mendengar permohonan tujuh suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram. FOTO Mary Victoria Dass
HIDAYATUL Syuhada hadir ke IPD Seri Alam bagi mendengar permohonan tujuh suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram. FOTO Mary Victoria Dass
Mary Victoria Dass


Pasir Gudang: Permohonan reman tujuh individu yang tahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini, hari ini.

Pada awalnya, permohonan reman dijangka akan dibuat di Majistret Johor Bahru, pagi ini.

Namun atas faktor tertentu, ia akan dilaksanakan di IPD Seri Alam.

Beberapa peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) hadir ke IPD sebagai persediaan bagi mewakili suspek.

Menurut seorang peguam, mereka hanya mewakili individu berkenaan, sekiranya tiada peguam yang dilantik.

Dijangka perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Samsudin.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berumur lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek, awal pagi semalam.

Turut dipohon reman adalah untuk dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun, serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.

Anggota polis yang cedera akibat ditembak kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Berita berkaitan:

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 10:01 AM