Oleh Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Polis selesai mengambil keterangan 46 individu bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram di sini, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kesemua individu juga sudah dibenarkan pulang selepas keterangan mereka diambil.

Katanya, individu yang diambil keterangan itu disiasat sama ada mempunyai kaitan dengan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi semalam.

"Hasil siasatan dan maklumat yang diperolehi daripada 46 individu berkenaan, polis mendapati suspek yang melakukan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian.

"Serangan ke atas balai polis semalam adalah dilakukan suspek secara sendirian bukan membabitkan organisasi besar dan terancang yang boleh dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan termasuk Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, profil 46 individu yang dipanggil memberi keterangan berada dalam pangkalan data polis.

Katanya, polis mempunyai pangkalan data lengkap berkaitan insiden jenayah dalam negara.

"Bila dapati corak serangan sebegitu jadi kita padankan dengan profil dalam pangkalan data.

"Atas sebab itulah selepas selesai menemubual individu dalam profil yang kita yakin boleh bantu siasatan, kita simpulkan tidak lagi perlukan individu yang dipanggil itu," katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, setakat ini polis mengambil keputusan untuk menahan lima ahli keluarga suspek yang berusia 19 hingga 62 tahun bagi siasatan lanjut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ketika sidang media berkenaan kes tembak anggota polis di IPK Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ketika sidang media berkenaan kes tembak anggota polis di IPK Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Berita lanjut menyusul

Berita berkaitan:

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 10:31 AM