PEMAIN Southampton meraihkan kemenangan ke atas West Bromwich Albion, awal pagi tadi. FOTO Agensi
PEMAIN Southampton meraihkan kemenangan ke atas West Bromwich Albion, awal pagi tadi. FOTO Agensi
AFP

London: Kemenangan 3-1 Southampton ke atas West Bromwich Albion awal pagi tadi menyaksikan pasukan itu semakin hampir kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Skuad The Saints itu dijadual berdepan Leeds United dalam final playoff Liga Kejuaraan yang juga talian hayat terakhir ke EPL.

Tiga gol ledakan Will Smallbone dan dua menerusi Adam Armstrong sudah cukup buat Southampton biarpun West Bromwich cuba bangkit melalui gol saguhati Cedric Kipre dihujung permainan.

Menurut pengendali Southampton, Russell Martin, pasukannya berhak meraih kemenangan itu selepas barisan pemain beraksi cukup garang.

"Pada babak pertama, kami bagus tetapi agak gementar. Pada babak kedua, saya fikir kami amat luar biasa. Saya rasa kami berhak mendapat apa yang sepatutnya," kata Martin.

"Kami cemerlang malam ini tetapi semuanya menjurus kepada perlawanan terbesar. Jika kami boleh beraksi dengan tahap keberanian dan intensiti sama seperti malam ini, kami ada peluang cerah".

Sementara itu, pengurus West Bromwich, Carlos Corberan mengakui anak buahnya gagal memberi tentangan sepatutnya.

"Kami tidak mempamerkan tahap terbaik kami. Saya mempunyai keyakinan dengan pasukan saya tetapi ia lebih mengenai kekecewaan yang kami alami selepas kekalahan ini," kata Corberan.

Leeds membenam Norwich 4-0 di Elland Road pada satu lagi separuh akhir kedua awal pagi semalam, dengan pengendali Norwich, David Wagner dipecat selepas aksi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 9:22 AM