BERNAMA

Johor Bahru: Jenazah dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pagi ini.

Kedua-dua jenazah anggota polis itu dibawa keluar pada 9.15 pagi selepas proses bedah siasat selesai malam tadi.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor di sini, untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir.

Jenazah dua anggota itu kemudiannya akan dibawa ke kampung halaman masing-masing iaitu di Bidor, Perak dan Kuantan, Pahang.

Terdahulu, Azhar Khaiden, 54, bapa kepada Ahmad Azza Fahmi kelihatan tiba di Jabatan Perubatan Forensik HSI bagi menuntut jenazah anaknya pagi ini untuk dibawa pulang ke kampung halaman untuk disemadikan.

"Malam tadi kami sekeluarga tidur di kediaman Allahyarham," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan jabatan itu hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah, Sungkai, Perak itu berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Kampung Poh, Bidor.

Ahmad Azza Fahmi dan Muhamad Syafiq maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Berita berkaitan:

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 10:44 AM