PENGURUS Chelsea, Mauricio Pochettino. FOTO Agensi
PENGURUS Chelsea, Mauricio Pochettino. FOTO Agensi
AFP

London: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mengakui bimbang dipecat selepas kekalahan memalukan 4-2 menentang Wolves awal musim ini.

Skuad kendalian Pochettino sebelum ini dicemuh dan penyokong mendesak agar beliau dipecat selepas kekalahan mengejut di Stamford Bridge pada Februari lalu itu.

Kekalahan ketujuh dalam 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika itu meletakkan mereka di tangga ke-11 dalam carta liga, sekali gus memberi tamparan buat Pochettino bahawa musim pertamanya di Chelsea bukan mudah.

Bagaimanapun, The Blues kemudiannya bangkit di mana Pochettino membawa Chelsea ke final Piala Liga sebelum tewas kepada Liverpool dan mara ke separuh akhir Piala FA, yang berakhir dengan kekalahan di tangan Manchester City.

"Anda rasa seperti semua orang melihat anda seperti anda bersalah atas sesuatu yang anda tidak tahu," katanya.

"Saya merasakan kesunyian dan bersendirian selepas perlawanan. Saya rasa kami menghabiskan dua jam (di stadium). Itu adalah masa paling lama selepas perlawanan kami berada di sana, melihat antara kami di dalam bilik persalinan yang sangat kecil.

"Saya lebih sedih hingga memikirkan kemungkinan akan dipecat. Ia adalah situasi yang tidak adil. Ia adalah situasi yang kami tidak layak," katanya.

Ketika ini, Chelsea berpeluang membuat penampilan di pentas Eropah apabila dijadual berdepan Bournemouth dalam aksi terakhir liga esok dengan buruan tiga mata bakal menjadi pertaruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 10:26 AM