SAIFUDDIN ketika sidang media di IPK Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
SAIFUDDIN ketika sidang media di IPK Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Kementerian Dalam Negeri menegaskan supaya insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram tidak dikaitkan dengan mana-mana agama.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, meminta semua pihak termasuk masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram.

"Saya gesa supaya masyarakat elak dan tidak buat spekulasi (insiden serangan balai polis). Media juga begitu (tidak buat spekulasi).

"Saya mohon supaya fokus kepada melaporkan fakta kes seperti yang disebut oleh polis.

"Tidak perlu kita nak kaitkan insiden ini dengan agama misalnya. Itu penting. Kami pun akan berikan butiran maklumat setakat yang kami temui tanpa kita nak berlebih-lebihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, polis menjalankan pemeriksaan di rumah keluarga suspek dan menemukan beberapa bahan yang memerlukan siasatan lanjut.

"Yang kita terus tahan adalah ibu bapa dan adik-beradik suspek (lima orang).

"Siasatan perlu diteruskan berdasarkan penemuan bukti.

"Contohnya jika ada buku catatan pun akan jadi sebahagian siasatan polis," katanya.

Berita berkaitan:

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 10:34 AM