Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bagi mengendalikan urusan perintah reman bagi tujuh individu.
Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bagi mengendalikan urusan perintah reman bagi tujuh individu.
Oleh Mary Victoria Dass


Pasir Gudang: Seorang warga Singapura antara tujuh individu yang ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, semalam.

Perintah reman tujuh hari sehingga 24 Mei itu dikeluarkan Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini.

Beberapa peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili individu direman turut hadir ke IPD.

Menurut seorang peguam, mereka mewakili enam individu tempatan berikutan tiada peguam yang dilantik.

"Bagaimanapun kami tidak mewakili warga Singapura yang ditahan," katanya.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun yang ditahan semalam susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal pagi semalam.

Turut direman, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi semalam dua anggota polis dan suspek maut manakala seorang lagi anggota polis cedera.

Anggota yang maut adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, manakala anggota yang cedera ditembak dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Berita berkaitan:

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 10:40 AM