LELAKI bergayut di tepi jambatan itu untuk menggantung dirinya. FOTO ihsan pembaca
LELAKI bergayut di tepi jambatan itu untuk menggantung dirinya. FOTO ihsan pembaca
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh berjaya memujuk lelaki daripada membunuh diri di Jambatan Putra, Kampung Chengal, Ketereh, petang tadi.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan cuba membunuh diri akibat mengalami tekanan perasaan.

Anggota bomba mengambil masa 13 minit untuk memujuk mangsa sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.06 petang sebelum enam anggota anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati seorang lelaki sedang bergayut di tepi jambatan itu untuk menggantung dirinya pada tali.

"Kita cuba memujuk mangsa dengan melengah-lengahkannya dari membunuh diri.

"Mangsa berjaya dipujuk dan tiada kecederaan berlaku sebelum dia diserahkan pada pasukan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2016 @ 11:15 PM