Ramai mengetahui band rock FT Island sememangnya berada di liga tersendiri apabila memperjuangkan muzik yang bukan klise.

Bahkan, setiap kali membuat persembahan, band berkenaan sering mendapat pujian berdasarkan aksi secara langsung mereka.

Muzik mereka sememangnya cukup universal dan dalam rangka membina lagi nama ke peringkat lebih jauh, tahun depan band itu bakal menakluk Eropah serta Amerika Latin pula menerusi siri konsert jelajah.

Konsert jelajah yang dinamakan 2015 FT Island THX Tour itu bakal menjadikan Paris sebagai lokasi pertama pada 16 Januari tahun depan sebelum ke Sao Paulo, Rio de Jainero di Brazil; Santiago, Chile; dan Mexico.

Terdahulu, band berkenaan sudah banyak mengadakan konsert dan memberikan impak tersendiri di negara sekitar Asia termasuklah Jepun.

Kehebatan mereka sekali gus menarik perhatian ramai peminat luar Asia serta dijemput mengadakan persembahan pelbagai festival muzik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 5:00 AM