KAKA dikatakan sebar gambar sensasi mirip Tasha Shilla.
KAKA dikatakan sebar gambar sensasi mirip Tasha Shilla.
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Selepas dikatakan menjadi punca hubungan pelakon Tasha Shilla dengan kekasihnya, Hans putus, penyanyi Kaka Azraff, 26, sekali lagi menjadi mangsa apabila didakwa sebagai dalang kepada penyebaran gambar separuh bogel mirip pelakon terbabit oleh segelintir pihak.

“Itu semua fitnah besar. Orang yang menyebarkan gambar itu memang tidak bertanggungjawab. Sebagai wanita, saya faham perasaan Tasha kini. Saya bersimpati atas apa yang terjadi dan berharap apa yang disebarkan itu tidak benar seperti yang didakwa,” katanya.

Apa yang berlaku membuatkan Kaka takut andai perkara sama terjadi kepadanya.

“Tidak dinafikan perkara sedemikian boleh terjadi kepada sesiapa pun. Bukan sekali dua hal seperti ini berlaku dalam kalangan artis tempatan, malah orang biasa juga terkena. Sebab itu, saya lebih berhati-hati,” katanya.

Kaka yang mula dikenali dengan lagu Bawa Aku Pergi enggan lagi dikaitkan dengan sebarang kontroversi.

“Selepas ini kalau orang bercakap mengenai saya, biarlah berkaitan kerjaya saja. Saya mahu dikenali dengan bakat, bukan cerita negatif dan kontroversi.

“Lagipun, apa yang berlaku sebelum ini bukannya kisah saya, sebaliknya kisah peribadi mereka,” katanya.

Kaka berkata, dia enggan lagi mengulas mengenai perkara itu dan mengharapkan Tasha dan Hans membuka mulut memberi penjelasan.

“Saya anggap khabar angin ini hanyalah satu fitnah. Satu hari nanti orang akan tahu kebenarannya,” katanya.

Disebabkan itu juga, Kaka lebih selesa hidup solo tanpa insan bergelar kekasih.

“Saya fikir apabila ada kekasih semakin banyak masalah timbul. Kalau selepas ini saya ada kekasih, biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Cukuplah saya seorang saja yang jadi perhatian,” katanya yang berharap bertemu lelaki sepadan yang memahami kerjayanya.

Katanya, lagu Bukan Hal Aku menceritakan mengenai perjalanannya dalam industri muzik tanah air dan bukan menyindir mana-mana pihak.

“Saya seorang peminat lagu hip hop. Lagu Bukan Hal Aku ini benar-benar kena dengan jiwa saya,” katanya.

Semakin sibuk

Kaka kini sibuk menjalani penggambaran drama Plan Cinta Tak Jadi terbitan Orangetree Productions.

“Alhamdulillah, jadual kerja saya tahun ini agak sibuk. Banyak program sudah diatur pihak pengurusan dan saya anggap ia rezeki. Bukan saja dalam bidang nyanyian, juga dalam lakonan,” katanya.

Selain itu, Kaka turut dilantik menjadi duta kempen Syukur Selalu bagi program sepanjang Ramadan dan Syawal di TV3 dan TV9.

“Saya bersama beberapa duta lain sibuk menjayakan pelbagai program yang diatur pihak stesen TV. Hujung minggu ini, saya akan berada di Bazar Syukur Selalu di Dataran Tok Gajah, Temerloh, Pahang, kemudian di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor pada 4 Julai.

“Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti, saya masih sempat meluangkan masa bersama keluarga untuk berbuka puasa. Mujur ibu saya faham dan banyak memberikan sokongan,” katanya.

Sepanjang Ramadan ini, Kaka juga sibuk membantu ibunya me–nyiapkan tempahan kuih raya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 1:44 PM