POSTER palsu pengambilan jawatan konstabel PDRM yang tular di media sosial, baru-baru ini. FOTO Ihsan Polis
POSTER palsu pengambilan jawatan konstabel PDRM yang tular di media sosial, baru-baru ini. FOTO Ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Poster pengambilan jawatan konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular di media sosial, baru-baru ini, adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook Unit Pengambilan PDRM, hari ini.

"Terdapat sebaran maklumat tidak benar dan palsu mengenai urusan pengambilan jawatan PDRM yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mengabaikan mesej yang tular di medium sosial termasuk aplikasi Tik Tok dan lain-lain.

Sila layari Facebook, Instagram dan Telegram rasmi Unit Pengambilan PDRM bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 8:16 PM