SINDHU akan menentang pemain Thailand esok.
SINDHU akan menentang pemain Thailand esok.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas juara dunia PV Sindhu mengakui persaingan acara perseorangan wanita tidak lagi seperti dahulu kerana setiap pemain walaupun tidak ternama mempunyai kemampuan untuk mengejutkan pemain di ranking lebih tinggi.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata, penyertaan di kejohanan Masters Malaysia 2024 adalah penting baginya sebagai medan menguji kemampuan dirinya sebelum beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini.

"Saya memilih Masters Malaysia kerana sudah bersedia (dengan tahap keyakinan 100 peratus) dan giat menjalani latihan. Ada pemain terbaiki atau tidak di sini (Masters Malaysia) tiada bezanya kerana jika tidak di Malaysia, mungkin bertemu di kejohanan lain.

"Malah saya sentiasa rindukan sokongan dan sorakan penyokong di Malaysia. Peminat badminton di sini sangat membantu dan saya dapat dengar mereka melaungkan nama saya," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sindhu turut memaklumkan beliau 'mengidam' untuk meraih gelaran Malaysia Masters 2024 namun akan fokus kepada perlawanan demi perlawanan terutamanya setelah mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan bertaraf Super 500 itu, selepas menumpaskan pilihan pertama, Han Yue dari China, 21-13, 14-21, 21-12 pada aksi suku akhir hari ini.

Sindhu seterusnya akan berjumpa pemain Thailand, Busanan Ongbamrungphan di separuh akhir esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 8:33 PM