Oleh Syazwan Msar

Kuantan: Dua lagi mayat dipercayai mangsa bot tunda yang karam selepas dilanggar sebuah kapal tangki minyak di Perairan Kuantan, di sini, ditemui hari ini.

Mayat pertama ditemui kira-kira jam 7.30 pagi oleh nelayan manakala mayat kedua ditemui terapung oleh Pasukan Polis Marin jam 10 pagi.

Kedua-dua mayat berkenaan ditemui kira-kira tujuh batu nautika dari Tanjung Gelang, di sini.

Sebelum ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjumpai satu mayat dipercayai krew bot tunda berkenaan jam 1.30 petang semalam.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk proses pengecaman dan bedah siasat bagaimanapun identiti mereka masih belum dikenalpasti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 2:23 PM